TERMA DAN SYARAT-SYARAT KHAS
1) Semua Pembida hendaklah mendaftar dengan Kad Pembida Yang Sah yang disediakan oleh Focal Park Sdn. Bhd.
2) Cagaran sebanyak RM1,000/- dan premium pembeli sebanyak RM500/- hendaklah dibayar hanya dalam bentuk Tunai atau Draf Bank atas nama Focal Park Sdn. Bhd. sebaik sahaja tukul diketuk oleh Pelelong kepada pembida yang berjaya bagi setiap kenderaan.
3) Cagaran sebanyak sepuluh peratus (10%) atas harga belian RM100,001/- dan ke atas dan premium pembeli sebanyak RM500/- hendaklah hanya dibayar dalam bentuk Tunai atau Draf Bank atas nama Focal Park Sdn. Bhd. sebaik sahaja tukul diketuk oleh Pelelong kepada pembida yang berjaya bagi setiap kenderaan.
4) Baki harga belian mestilah dijelaskan dalam bentuk Tunai, Draf Bank, Pindahan Telegrafik atas nama Focal Park Sdn. Bhd. (atau pihak Pemilik Rasmi di mana yang bersesuaian) atau Surat Kelulusan dari Syarikat Kewangan atau Bank untuk pinjaman semula dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh lelongan.
5) Kita berhak menarikbalik mana kenderaan-kenderaan untuk lelongan sebelum jatuhkan penukul Pelelong.
6) Bagi Harga Rizab RM50,000/- ke bawah, setiap tawaran adalah RM200/ -.
7) Bagi Harga Rizab di antara RM50,001/- hingga RM100,00/-, setiap tawaran adalah RM500/-.
8) Bagi Harga Riizab RM100,001/- ke atas, setiap tawaran adalah RM1,000/-.
* "Segala caj bank yang dikenakan (jika ada) akan ditanggung oleh pihak pembida! Sila ambil perhatian bahawa terma dan syarat-syarat khas adalah sebagai rujukan dan garis panduan. Setiap bank mempunyai terma dan syarat-syarat tertentu yang akan diumumkan semasa lelongan awam"
Dengan Perintah,
Pelelong Berlesen
|